Ahad, Jun 08, 2008
Salam Perkenalan
Salam perkenalan kepada anda yang budiman. Buat pertama kalinya saya mempunyai blog yang diilhamkan oleh kaum kerabat..Kata mereka - buat mengisi masa lapang dan mungkin boleh dijadikan panduan atau apa saja yang berguna untuk anda semua khususnya untuk anak cucu yang semakin dewasa mengharungi hidup. Tidak lupa juga sokongan suami tercinta yang juga sealiran dengan saya iaitu menulis. Saya memang suka menulis- dah menjadi darah daging buat berdekad lamanya. Tapi tidaklah sampai menulis buku. Mana tahu? Mungkin saya berupaya juga.Berkat doa anda juga kan? Memandangkan jadual tugas saya yang ketat mungkin sukar untuk saya menulis blog juga. oleh itu, sekiranya anda merasakan terlampau lama nak menunggu post yang terbaru, sabar je lah ya?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 ulasan:
Salam. Wah!..... Syabas, teruskanlah menulis wahai Opah Siber, kami anak cucu sentiasa dahagakan warkahmu, terutamanya tentang lipatan sejarah silam.... Tak sabar nak tunggu next posting!! Yay!!
Mak Yang,
Weee..welcome to the blog world:), kami sentiasa menunggu coretan mak-mak sedara ni:)steady...
Salam, terima kasih kepada anak saudara yang sudi mencatat ulasan buat mak yang. Pun begitu idea untuk menjadi blogger ini datangnya daripada Cik Ida. Jadi nampaknya wanita yang dulunya seperti Sheila Majid berjaya juga mengajak Opah yang tidak berapa celik dalam IT ini tetapi banyak ilham untuk dikongsi bersama.
Apapun mak yang cuba bercerita kisah silam dalam pos yang baru. He he.. nak yang sedih atau ceria..Tunggu posting terbaru okey.
There? See? U can write la... Sheila Majid?? Ha..Ha.. Sekarang mungkin Marlia Musa kot... Macamana intro? Boleh..Editla mana yang patut..Teruskan...Kak Yang Boleh!
Catat Ulasan